16 November, 2010
Great Creation - The Woman
Khas kepada sahabat, teman, rakan, kawan, abang, adik, dan para lelaki sekalian; bayangkan jika tidak ada wanita di sisi anda saat ini. Bayangkan jika nenek, mama, kakak, adik, malah anak anda bukan seorang wanita. Saya pasti segala-galanya tidak seindah saat ini.
Tuhan itu Maha Agung. Dia mengetahui apa yang perlu diciptakan selepas lelaki. Saya tak mahu dan tak perlu berkata-kata lebih banyak lagi.
Nikmati audio-video ringkas berikut dan mulailah ucapkan terima kasih dan syukur kepada Pencipta Agung semesta alam.
10 May, 2010
BUKAN PILIHAN TETAPI MEMBAWA RAHMAT
Apa kehidupan ini berhenti segalanya disaat kematian terjadi? Masih adakah bayang-bayang mimpi indah terjadi selepas ini? Ataukah rencana-rencana kehidupan masih terus belaku? Apa berlaku dengan tubuh fizikal kita? Bagaimana dengan nafas kita?
Saya menyaksikan kepemergian dua ahli keluarga sahabat selang dua minggu.
Ahli keluarga sahabat tepatnya isteri sahabat saya yang satu meninggal di hospital. Mula ini isteri dia terasa kebas di tangan dan langsung terasa tidak selesa walau pun kesakitan tidaklah dirasai sangat. Lalu sahabat ini menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan.
Mulanya keadaan isterinya masih stabil cuma sebelah badannya kurang bermaya. Selang sehari selepas berada di hospital , dia diperlukan menjalankan transfusi darah. Malangnya pengaliran darah tidak lancar. Sehari kemudian selepas transfusi darah, mangsa mulai tidak sedarkan diri. Dia diperlukan menjalani pemeriksaan imbasan. Didapati salah satu saluran darah di otak pecah.
Sejak masa itu, dia tidak sedarkan diri. Dia hanya bergantung kepada alat-alat pernafasan dan mesin bantuan hayat untuk meneruskan kehidupan.
Bebaerapa hari kemudian akhirnya doktor yang bertugas mencadangkan agar mesin bantuan hayat dibuka dengan persetujuan semua ahli keluarga termasuk sahabat saya tersebut.
Berakhirlah satu kehidupan seorang manusia. Walau pun dengan berbagai usaha ditambah dengan kasih dan sayang namun hayat manusia pasti tetap berakhir.
Ahli keluarga sahabat yang kedua meninggal di rumahnya sendiri. Sebelum pemergiannya, dia sudah sakit sudah lama. berbulan-bulan. Namun keadaannya begitu tenang dan tabah. Penyakit yang menyebabkan dia menderita sekian lama tidak menggugat iman dan kepercayaannya kepada Tuhan yang Esa.
Sebelum dia meninggal saya dan keluarga beserta beberapa orang sahabat sempat meluangkan masa melawat dan menziarahi dia. Dia tenang. Dia riang walau pun dalam kesakitan. Dia masih mampu mengukir senyuman menyambut ketibaan kami. Memanglah dia uzur dan hanya berbaring sahaja di atas tilam tempat tidurnya.
Saya sebenarnya terkesan dengan ketabahannya terutamanya keperibadiannya yang tidak berbelah bagi kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
Dan akhirnya, sambil dikelilingi sanak saudara, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Begitu tenang dan aman.
Persoalannya ialah apakah sebenarnya yang berlaku? Tubuh badan kemana? Nafas yang sepatutnya memberi hidup kemana pula?
Jelas ayat Alkitab ini menerangkannya. Tubuh badan akan kembali menjadi tanah. Maknanya dikuburkan. Sebab tubuh manusia ini diciptakan oleh Tuhan dari tanah. Tuhan membentuk manusia dari tanah. Dari debu tanah. Lalu disaat kematian menjemput, roh atau nafas akan kembali kepada yang mengeruniakannya iaitu Tuhan.
Ayat seterusnya ialah berikut ini.
Pengkhotbah 9:5 "Karena orang-orang yang hidup tahu bahwa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tak tahu apa-apa, tak ada upah lagi bagi mereka, bahkan kenangan kepada mereka sudah lenyap."
Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang yang sudah mati atau meninggal dunia tidak tahu apa-apa. Jelas sekali. Ahli keluarga atau sahabat atau jiran kita yang sudah meninggal dunia tidak akan dapat menjelma dalam bentuk apa pun. Roh mahu pun bayang-bayang. Mereka tidak merayau-rayau di mana-mana. Ingat apa ayat Pengkhotbah 12 ayat 7 katakan.
24 February, 2010
A Lesson From A Butterfly
Kupu-kupu atau rama-rama sinonim dengan kelemah-lembutan. Namun kupu-kupu boleh terbang sehingga beribu-ribu batu hanya kerana mahu terus melanjutkan keberadaannya sebagai kupu-kupu.
20 January, 2010
NETA CUMA NAK PERGI JUMPA MAMA
"Neta...!!...Neta..!!!
Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja dipukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat.
Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu.
Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.
"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya.
"Tak naklah. Kita penat,"jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng.
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Ani.
"Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok saja," jawabnya lagi.
Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.
"Neta!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah.
Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya.
"Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah.
"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan.
"Habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat, malas-malas nak belajar" herdik ayahnya. Pandangannya sayu. Dia tidak berani membalas renungan ayah. Neta senyap, lalu berdiri perlahan-lahan. Perlahan sekali. Kaki yang sakit masih terasa, tetapi dia gagahkan diri untuk berdiri.
"Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku," herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.
Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggup lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah.
Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas terselit sekeping gambar. Ditariknya gambar itu.
Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya.
Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagi pun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul. Akhirnya dia menangis sehingga tertidur.
Hari ini dia kesekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah.
"Neta! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang.
Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Neta hanya tersenyum kecil memandang Ani.
"Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah?" tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menuju ke bilik darjah.
"Boleh ke? Mak dengan ayah awak tak marah ke?" tanyanya ragu-ragu.
"Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik," jawab Ani sambil tersengeh.
Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik. Selepas sekolah Neta ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai.
"Marilah makan dulu Neta. Lepas makan baru belajar," pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Neta hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Neta terpegun. Kalau mama Neta masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Neta.
"Makan banyak-banyak sikit Neta. Kamu tu kurus sangat," kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Neta hanya mengangguk malu.
"Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni ha, tembam" usik ayah Ani pula.
Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa berderai. Neta terharu. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenagkan ayahnya Neta mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis di depan orang.
Neta dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka.
Neta menerangkan kepada Ani beberapa masalah matematik. Neta sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali diajar sudah tentu difahami dan dihafalnya. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4 petang. Neta panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah.
Segera dia mengemas buku-bukunya. Neta bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah.
Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi
belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu, langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah.
Nenek!!! "Biarlah saya bawa Neta pulang ke rumah saya Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. kasihan saya tengok dia tu, makan pakai tak terurus"
"Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah bersuara acuh tak acuh.
"Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kasihan dengan Neta tu saja," nenek cuba memujuk ayah.
"Mak ingat mak boleh menjaga si Neta itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Ke mana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar nada marah di suara ayah.
Neta hanya diam berdiri pada belakang pintu. Menggigil ketakutan.
"Neta tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia?"
"Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi," jerkah ayah.
"Bukan dia yang mengadu Jusoh. Saya ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan.
Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,"
"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya,"
Neta membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahnya.
"Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat.
"Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek.
Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut.
"Kau ke mana ha Neta?" herdik ayah.
Neta tersentak. Terkedu. Neta tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya.
"Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek membelanya.
"Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala," marah ayah.
"Neta, pergi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar nenek lembut padanya.
"Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya.
Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Neta terus menangis tersedu-sedu. Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang.
Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga.
"Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi.
"Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis.
"Orang pergi rumah Ani," jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu.
"Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi.
Neta hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Neta terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat.
"Kau tak dengar saya tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking ayah sambil menarik rambut Neta. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah.
"N..eta, Neta pergi belajar kat rumah Ani," jawabnya tersedu-sedu.
"Ooh, belajar. kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat.
Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Neta merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Neta disepak.
Neta merintih penuh kesakitan. Tapi Neta tidak melawan. Memang kudrat Neta tak setanding ayah. Neta langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Neta rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Neta lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Neta tercampak ke dinding. Ayah terus menggila.
Neta yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Neta mula kabur. Dia tidak lagi bergerak.
Semuanya bertukar gelap...
Neta terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal. Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.
"Neta! Neta! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang suara ayah.
Neta cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk.
"Tidur lagi!" jerkah ayah.
"Ne..ta rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar.
"Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil menarik tangannya.
Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri.
"Pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi.
Setelah selesai mandi dan bersiap, dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi dikuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.
"Neta," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya.
Dia memandang Cikgu Linda dengan pandangan kosong. Kosong sekali. Mungkin akibat kesakitan yang sedang ditanggungnya ketika itu.
"Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya.
Neta hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Neta merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar
Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi.
Sekelilingnya putih dan berbau ubat. Kepalanya terasa berat, atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan ada Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis.
Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah lagi. Dengan susah payah, Neta berusaha untuk mengukir senyuman untuk semua.
"Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Neta tak faham Kenapa ayah dan nenek sedih.
"Kenapa semua orang sedih," tanya Neta dengan kepayahan.
"Janganlah sedih. Neta cuma nak pergi jumpa mama. Neta nak minta maaf pada mama. Neta rindukan mama," Neta bersuara perlahan sekali.
"Ne…ta! Ne...ta! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah!" ayah merayu.
Air mata mengalir di pipi ayah. Neta merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Neta mula tersekat-sekat dan akhirnya dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Neta masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.
Menurut dokter, Neta mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Neta juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama Neta
__________________________________________________________________________________
Ibu yang amat dikasihi, ucapan terima kasih kepada mu. Kalau bukan kerana ibu, aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat menikmati keindahan alam ini. Jauh sekali menyelami kemurnian kasih mu, ibu ku. Kepayahan ibu menyirami hidup ini dengan kudrat ibu sendiri, mengundang sinar dan nafas mulia khusus buat diri hina ini. Terima kasih ibu ku.
Ayah yang disanjung, kadang kala perintah ada di telapak tangan ayah. Kalau ayah kata putih, itu mesti putih. Namun ada masa fikiran ayah jadi bisu dek emosi yang tak terkawal. Akibatnya tubuh kecil ini merintih kesakitan. Kudrat lemah tanpa kegagahan ini, cuba menidak titipan-titipan hitam itu, namun tidak berdaya. Walau derita, sering kali aku pasrah. Siapalah aku ini … hanya tangisan syhadu peneman bila emosi runsing.
09 January, 2010
I Can Get Up And Give Thanks
A man of 92 years, short, very well-presented, who takes great care in his appearance, is moving into an old people’s home today.
His wife of 70 has recently died, and he is obliged to leave his home.
After waiting several hours in the retirement home lobby, he gently smiles as he is told that his room is ready.
As he slowly walks to the elevator, using his cane, I describe his small room to him, including the sheet hung at the window which serves as a curtain.
"I like it very much", he says, with the enthusiasm of an 8 year old boy who has just been given a new puppy.
"Sir, you haven’t even seen the room yet, hang on a moment, we are almost there. "
"That has nothing to do with it", he replies.
"Happiness is something I choose in advance. Whether or not I like the room does not depend on the furniture, or the decor – rather it depends on how I decide to see it".
"It is already decided in my mind that I like my room. It is a decision I take every morning when I wake up."
"I can choose. I can spend my day in bed enumerating all the difficulties that I have with the parts of my body that no longer work very well, or I can get up and give thanks to heaven for those parts that are still in working order. "
"Every day is a gift, and as long as I can open my eyes, I will focus on the new day, and all the happy memories that I have built up during my life."
"Old age is like a bank account. You withdraw in later life what you have deposited along the way."
So, my advice to you is to deposit all the happiness you can in your bank account of memories.
Thank you for your part in filling my account with happy memories, which I am still continuing to fill…
Remember these simple guidelines for happiness.
1. Free your heart from hate.
2. Free your mind from worry.
3. Live simple
4. Give more
5. Expect less
30 December, 2009
KAKAK, TANGAN MU GEMENTAR
Saya dilahirkan disebuah perkampungan yang terletak dipergunungan. Hidup ini sememangnya sukar. Demi meneruskan kehidupan keluarga, setiap hari, ibu dan ayah saya, berusaha membajak tanah merah yang kering untuk menyemai tanaman. Setiap hari jugalah belakang ibu dan ayah sentiasa menghadap langit.
Saya mempunyai seorang adik lelaki berumur tiga tahun lebih muda dari saya. Saya ingin benar memiliki sehelai saputangan sebagaimana gadis-gadis sebaya saya. Satu hari, saya mengambil 50 sen dari laci ayah. Ayah mengetahui kehilangan wangnya.
Ayah benar-benar marah. Dia memaksa saya dan adik lelaki saya berlutut menghadap dinding. Dengan rotan bambu di tangan, ayah bertanya, “Siapa yang mencuri wang itu?”. Saya kelu dan terkedu, terlalu takut dan gementar untuk bersuara. Saya dan adik saya tidak berani mengaku dan memang pun adik saya tidak tahu menahu mengenai kehilangan itu. “Baik, kalau tidak ada yang mengaku kamu berdua akan saya pukul!” Ayah mengangkat rotan bambu.
Tiba-tiba adik saya mencapai tangan ayah dan berkata, “Ayah, sayalah yang mencuri wang ayah!” Rotan bambu yang panjang hinggap di belakang adik berulang-kali.
Ayah benar-benar marah. Dia terus merotan adik sehingga kepenatan. Kemudia ayah duduk di atas katil kami yang keras bagaikan batu. Ayah terus memarahi adik.
“Kamu sudah belajar mencuri di rumah anda sendiri. Apa lagi perkara memalukan yang akan anda lakukan dimasa-masa akan datang? Kamu seharusnya dipukul sampai mati, kamu pencuri tak tahu malu!” Ayah begitu marah.
Malam itu, ibu dan saya memeluk adik. Tubuh badannya yang kecil itu dipenuhi luka-luka akibat pukulan dari ayah namun adik tidak pun menitiskan setitis pun air mata. Adik benar-benar tabah.
Tengah malam itu, saya tak dapat menahan emosi, saya berteriak kuat. Cukup kuat. Adik meletakkan telapak tangannya yang kecil dan mungil itu di mulut saya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi. Segalanya sudah berlaku”. Saya benci dengan diri ini. Benci kerana tidak mempunyai cukup keberanian untuk mengaku kesalahan dihadapan ayah.
Tahun itu, adik saya berumur lapan tahun dan saya sebelas tahun.
Tahun berganti tahun, namun kejadian itu terasa baru kelmarin berlaku. Saya tidak pernah dan tidak pernah mahu melupakan bagaimana tindakan adik kecil saya mahu melindungi saya.
Ketika adik ditahun akhir persekolahan menengahnya, dia diterima untuk melanjutkan persekolahan menengah atasnya di salah sebuah sekolah di ibukota. Dalam masa yang sama, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran disebuah universiti tempatan. Malam itu, saya nampak ayah gelisah. Dia mundar-mandir di halaman. Ayah merokok luar biasa sekali. Lepas satu, dia nyalakan lagi rokok yang lain.
Saya mendengar suara ayah berbicara dengan ibu, “Kedua-dua anak kita mendapat keputusan persekolahan yang baik, amat baik”. Ibu tak dapat menahan perasaan. Dia menyeka air matanya dan bersuara, “Untuk apa, tiada gunanya. Bagaimana mungkin kita dapat memenuhi perbelanjaan persekolahan kedua-dua mereka?” Ketika itu adik keluar, kemudian dia berdiri benar-benar di hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tak mahu meneruskan persekolahan saya lagi, saya sudah membaca banyak buku”.
Ayah menghayun tangannya dan menampar tepat ke muka adik. “Kenapa semangatmu lemah sekali? katanya. Walaupun saya terpaksa meminta sedekah di jalanan, saya pasti akan menghantar kamu ke sekolah sehingga kamu tamat pengajian.”
Ayah memang prihatin. Dia mempunyai semangat yang kental. Walaupun miskin dia tetap berusaha. Dia mahu melihat kejayaan anaknya yang dua orang ini. Tidak lama kemudian ayah mula mengetuk setiap pintu rumah jiran-jiran yang ada di desa itu. Saya tahu ayah malu berbuat demikian tetapi demi anak-anaknya dia tidak mementingkan diri. Dia membuang jauh-jauh rasa malu dari mengheret emosinya tanpa daya.
Saya mulai mengoles perlahan muka adik yang bengkak dan memberitahu dia, “Lelaki harus meneruskan pelajarannya; jika tidak, dia tidak pernah akan dapat mengatasi kemiskinan yang telah menjadi pengalaman hidup kita selama ini.” Pada saya, saya berkeputusan untuk tidak meneruskan pengajian di universiti.
Tiada siapa yang tahu apa berlaku seterusnya. Pada keesokannya, sebelum fajar menyingsing, adik meninggalkan rumah. Dia hanya membawa beberapa pasang baju yang sudah agak lusuh dan sedikit bijirin buat pengelas perut. Saya tahu adik hanya mempunyai baju-baju itu sahaja. Tiada yang lain.
Sebelum pergi, adik sempat manyusup masuk ke bilik saya dan meletakkan sekeping nota di atas bantal saya, “Kak, mendapat tawaran ke universiti tidak senang. Saya akan mencari kerja dan mengirim wang untuk pengajian kakak nanti.” Saya mendekap nota tersebut sementara duduk di birai katil. Saya tidak mampu menahan emosi. Saya menangis sehingga saya hampir kehilangan suara.
Tahun itu, adik berumur tujuh belas dan saya dua puluh tahun.
Dengan wang yang ayah pinjam dari seluruh jiran di desa itu, beserta gaji yang adik peroleh dengan mengangkat simen di salah sebuah kawasan pembinaan, akhirnya saya berjaya meneruskan pengajian saya ketahun ketiga di universiti.
Satu hari sementara saya mengulang-kaji dan menaalah pelajaran saya di dalam bilik, seorang teman sebilik memberitahu saya, “Ada orang kampong di luar mahu berjumpa dengan mu.” Kenapa ada orang kampong mahu berjumpa dengan saya? Saya beredar keluar, dari jauh saya melihat adik. Seluruh tubuh badannya dikotori dengan abu, habuk, simen dan pasir.
Kemudian saya bertanya kepadanya, “Kenapa adik tidak memberitahu rakan sebilik saya bahawa kamu adalah adik saya.” Sambil tersenyum adik menjawab, “Lihatlah penampilan saya. Apa fikiran mereka jika mereka mengetahui bahawa saya adikmu? Tidakkah mereka mentertawakan kakak nanti?” Saya benar-benar tersentuh. Air jernih mula memenuhi kelopak mata saya. Saya membuang kekotoran dan habuk dari badan adik. Dengan perasaan sebak, saya berkata kepadanya, “Saya tidak peduli apa orang lain kata! Apa pun keadaan penampilan kamu, kamu adalah adik saya!”
Dari poket bajunya dia mengeluarkan klip rambut yang berbentuk rama-rama. Indah sekali. Dia memasangkannya pada rambut saya lalu berkata, “Saya melihat semua gadis-gadis di bandar memakainya. Saya fikir kamu juga sukakannya lalu saya beli.” Emosi saya sayu dan pilu. Bukan kerana sedih tetapi tersentuh. Cukup tersentuh. Saya memeluk adik yang amat saya kasihi. Saya menangis.
Tahun itu adik berumur dua puluh tahun dan saya dua puluh tiga.
Buat pertama kali, saya membawa teman lelaki saya ke rumah. Saya perasaan tingkap kaca yang pecah sudah dibaiki. Rumah itu walaupun agak sederhana tetapi cukup bersih. Seperti segala-galanya baru sahaja digosok. Selepas teman lelaki saya pulang, ibarat seorang gadis kecil, saya menari-nari amat gembira dihadapan ibu, “Mama, saya yakin mama sudah terlalu penat dan letih membersihkan rumah ini!’ Tetapi dengan tersenyum ibu menjawab, “Adikmulah yang balik lebih awal dan membersihkan rumah ini. Tidakkah kamu nampak luka ditangannya kerana membaiki tingkap yang pecah itu.” Saya beredar ke bilik adik. Melihat kepada wajahnya yang kecil dan kurus itu, seolah-olah saya merasakan ribuan jarum sedang menusuk ke hati ini.
Saya merawat luka adik, sapukan ubat dan balut lukanya. “Adakah itu menyakitkan mu?” Saya cuba menyelami kesakitan adik. Tetapi dengan lembut adik menjawab, “Tidak. Kamu tahu, kalau di tempat pembinaan, batu-batu akan terus berjatuhan ke atas kaki saya dan semuanya itu tidak pernah membantutkan keinginan saya untuk bekerja.” Sementara dia berkata-kata, dia berhenti seketika. Saya menatap wajah adik Saya pilu untuk ke sekian kalinya. Air mata mengalir membasahi pipi ini.
Tahun itu adik berumur dua puluh tiga dan saya dua puluh enam tahun.
Saya berkhawin dengan teman lelaki saya, dan kami tinggal di kota. Suami saya menyuarakan keinginannya agar ibu dan ayah tinggal bersama-sama dengan kami di kota. Tetapi mereka enggan dengan alasan, sekali mereka meninggalkan kampong, mereka tidak akan tahu apa mereka perlu lakukan.
Adik setuju dengan kedua ibu dan ayah. Katanya, “Kak, kamu hanya perlu jaga bapa dan mama mertua mu. Jangan risau, ibu beserta ayah akan saya jaga sebaik mungkin di desa ini.”
Suami saya menjadi pengarah kepada kilangnya sendiri. Saya beserta suami merayu agar adik menerima pelawaan kami untuk menjadi pengurus kepada salah satu bahagian dikilang itu. Dia enggan menerima jawatan pengurus tersebut. Dia Cuma menerima jawatan sebagai juruteknik sahaja sebagai permulaan.
Satu hari, semantara adik sedang berada di atas tangga untuk membaiki kabel, dia mengalami renjatan elektrik kemudian terjatuh. Dia dihantar ke hospital.
Saya dan suami mengunjunginya di hospital. Kakinya patah dan buat semantara waktu kaki itu ditopang menggunakan logam. Saya menyuarakan kekesalan, “Mengapa kamu menolak tawaran kerja sebagai pengurus?”
“Pengurus tidak melakukan kerja-kerja merbahaya seperti itu. Sekarang kamu menderita patah kaki. Kenapa kamu tidak sahaja dengar kata-kata kami?”
Dengan raut wajah yang serius, adik cuba mempertahankan keputusannya, “Suami mu baru sahaja menjadi pengarah, dan saya tidak terpelajar dan menjadi pengurus pula, apakah nanti anggapan orang?” Saya lihat mata suami saya dipenuhi dengan air mata, kemudian saya meneruskan, “Tetapi, kamu tidak ada pelajaran kerana saya.” Adik memang teguh. Teguh dengan pendiriannya. Segala-galanya ada alasan yang kukuh.
“Kenapa kakak mempersoalkan perkara yang sudah berlalu?” Adik menarik dan mengganggam tangan saya. Waktu itu adik berumur dua puluh enam tahun dan saya dua puluh sembilan.
Adik berkhawin sewaktu dia berumur tiga puluh tahun dengan seorang anak perempuan petani di desa kami. Majlis itu sederhana tetapi cukup meriah. Sementara majlis perkhawinan sedang berlangsung, pengacara mengajukan satu pertanyaan kepada pengantin lelaki, “Diantara hadirin yang ada di sini, siapakah yang amat anda sanjungi dan kasihi?”
Tanpa berfikir panjang adik menjawab, “Kakak saya.” Kemudian dia meneruskannya dengan satu kisah. Saya sendiri tidak mengingati akan cerita itu.
“Ketika dibangku sekolah rendah, saya dan kakak akan berjalan jauh selama dua jam dari rumah ke sekolah setiap hari. Satu hari, saya kehilangan sarung tangan. Kakak memberikan kepada saya satu dari pada sarung tangannya.
Kakak memakai hanya satu sarung tangan sahaja. Cuaca cukup sejuk. Kami berjalan jauh untuk sampai ke rumah. Apabila sampai di rumah, tangan kakak gementar kesejukan sehingga memegang penyepit makanan pun dia tidak dapat. Mulai saat itu, saya berjanji di hati ini, selagi saya hidup, saya akan menjaga kakak saya dan berbuat baik sentiasa kepadanya”.
Ruang majlis dipenuhi keheningan. Senyap sekali. Semua jemputan memandang kepada saya. Hati ini meruntun. Pilu. Sayu, dan tersentuh. Saya rasa inilah satu-satunya pengalaman yang paling sukar bagi saya untuk bersuara, “Dalam segenap hidup saya, saya ingin mengucapkan sesungguhnya ucapan terima kasih kepada adik yang saya amat kasihi,” dan di majlis yang indah dan bersejarah, di hadapan para temu, air mata mengalir sekali lagi di pipi ini.
Dalam setiap saat kehidupan anda, hargai dan jagai mereka yang anda kasihi dengan segenap hati, dan dengan segenap akal budi, dan dengan segenap khudrat anda. Mungkin anda berfikir bahawa apa yang pernah anda lakukan hanya sedikit sahaja, tetapi bagi seseorang, itu mungkin amat bererti bagi mereka.
09 December, 2009
MAMA, AKU MULAI MELUPAI WAJAH MU
Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang? Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini. Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku. Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat.
Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah. Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil. Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat. Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut … mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya. Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.
Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak. Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan alat permainan saya … maafkan saya ayah…”
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan air paip meninggalamkan tangisan ku itu. Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tengah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah. Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan ‘Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi. Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukan ku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos. Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”
Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus…..”
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata… Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”. Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku…
“Mama yang amat dikasihi,
Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan ‘Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara. Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana. Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar. Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu. Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama? Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki…
Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja. Andai kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda syarikat tersebut dan itu sebenarnya bukan masalah anda sendiri. Hubungi majikan anda. Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munansabah sebagai jawaban kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda. Kesihatan adalah harta karun yang terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang ‘si kecil’ yang lebih berharga.
Kepada lelaki berkhawin:
Kurangkan minum minuman keras, kalau boleh berhenti! Kurangkan merokok, kalau boleh berhenti! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pelanggan juga tidak.
Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terkecuali.
Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga ‘si kecil’ yang lebih berharga beserta dengan orang yang amat anda kasihi.
Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi macam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda berupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda. Anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewujudan anda sebagaimana anda ada.
05 December, 2009
86 TAHUN AKU MENGIKUTNYA
[Dipadankan dari catatan Cahaya Pengharapan]
Polykarpus sedang berdoa di dalam kamarnya di loteng ketika pasukan bersenjata lengkap datang mengepung rumah kecil di perkebunan terpencil itu. Rupa-rupanya salah satu pelayan yang pernah melayaninya telah membocorkan tempat persembunyiannya setelah disiksa dengan kejam oleh tentara Romawi.
Polykarpus yang berusia 86 tahun pada waktu itu dengan tenang turun ke ruang bawah dan para prajurit yang ditugaskan untuk menangkapnya langsung kaget karena mereka tidak tahu bahwa Polykarpus yang sedang diburu dengan gencar oleh pihak Romawi itu adalah seorang yang sudah begitu lanjut usianya. Dalam hati mereka bertanya-tanya ada apa dengan orang tua ini yang membuatnya begitu dibenci oleh pemerintah Romawi.
Polykarpus lalu meminta pelayan-pelayannya untuk menyiapkan makanan dan minuman untuk menjamu tamu yang tidak diundangnya itu. Ia juga meminta diberikan waktu 1 jam untuk berdoa tanpa diganggu.
Polykarpus tidak mendoakan dirinya tetapi menaikkan doa syafaat bagi orang lain. Namun karena terlalu banyak orang yang didoakan oleh Polykarpus, ia baru menyelesaikan doanya setelah dua jam. Akhirnya ia dibawa ke kota dan disambut oleh kepala keamanan kota yang bernama Herod dan ayahnya, Nicetes.
Herod dan Nicetes membawa Polykarpus ke dalam kereta kuda mereka dan dengan lembut coba membujuk Polykarpus. “Apa salahnya untuk mengatakan bahwa Kaisar adalah Penguasamu, dan menyembahnya?” Segala macam cara mereka pakai untuk membujuknya, tetapi Polykarpus berkata, “Aku tidak akan melakukan apa yang engkau minta.”
Karena tidak berhasil, Polykarpus akhirnya didorong dengan kasar dari kereta kuda dan diseret ke arena tempat para pemimpin Romawi sedang menantinya. Setelah memastikan identitas Polykarpus, Pemimpin Romawi itu dengan lembut coba membujuknya untuk menyangkal Kristus, “Pikirkanlah tentang usia engkau, akuilah kebesaran Kaisar dan bertobatlah. Kutuklah Kristus, dan kami akan membebaskan engkau; Katakanlah engkau tidak ada hubungan apa-apa dengan Dia.”
Polykarpus lalu menjawab, “Aku telah mengikuti Dia selama 86 tahun, dan Dia tidak pernah berbuat salah terhadap aku. Bagaimana mungkin aku menista Raja yang telah menyelamatkan aku?”
Walaupun jengkel dan marah tetapi mungkin karena usia tuanya, mereka terus membujuknya, “Bersumpahlah oleh kebesaran Kaisar.” Polykarpus hanya berkata, “Tidakkah engkau tahu bahwa aku adalah seorang Kristen, jika engkau mau mendengarkan kebenaran Kekristenan, berilah aku waktu dan tempat untuk menjelaskan.”
Jawaban Polykarpus semakin membuat semua yang mendengarkan menjadi berang. “Hewan-hewan buas yang kelaparan sudah disiapkan, jika engkau tidak mau ‘bertobat’ dari ketidakpercayaan engkau kepada Kaisar engkau akan dilemparkan untuk dimakan hewan-hewan buas itu!
Polykarpus menjawab, “Silakan, karena kami tidak terbiasa bertobat dari apa yang baik demi sesuatu yang jahat.”
Lalu diumumkan sebanyak tiga kali kepada orang banyak yang sudah berkumpul di stadion, “Polykarpus telah mengaku bahwa ia adalah seorang Kristen.” Seluruh arena mulai berteriak-teriak meminta pemimpin Romawi melepaskan singa lapar ke tengah arena untuk memangsa Polykarpus. Tetapi karena pada waktu itu tidak memungkinkan untuk acara gladiator dan singa, diputuskan bahwa Polykarpus akan dibakar.
“Apakah engkau sungguh tidak mau bertobat? Engkau akan kami jatuhkan hukuman mati dengan dibakar sampai hangus.”
Kata Polykarpus, “ Engkau mengancam aku dengan api yang hanya akan membakar paling lama satu jam, setelah itu apinya padam. Tapi engkau sendiri bodoh dengan tidak menyadari tentang api penghakiman yang kekal, yang telah dipersiapkan untuk orang-orang yang tidak percaya. Apa lagi yang engkau tunggu? Lakukanah apa yang engkau mau lakukan!”
Mendengarkan itu, orang banyak yang bagaikan dirasuk setan mulai mengumpulkan kayu dan bahan-bahan kayu dari toko-toko dan tempat permandian umum. Dengan cepat tumpukan kayu sudah terkumpul. Polykarpus lalu menanggalkan jubahnya dan melonggarkan pakaiannya, dan ia coba juga untuk menanggalkan sepatunya.
Di saat ada yang mau memakukan kaki dan tangannya ke atas kayu supaya ia tidak akan coba melarikan diri waktu api mulai memanas, Polykarpus berkata, “Biarkan saja; jika Tuhan memberi aku kekuatan untuk dibakar di dalam api ini, Ia akan memampukan aku untuk tetap bertahan di atas gumpalan api ini.” Lalu mereka tidak jadi memakunya tetapi sekadar mengikat tangannya di belakang seperti seekor domba yang akan dibawa ke tempat sembelihan.
Lalu Polykarpus menaikkan doanya yang terakhir, “Aku bersyukur kepada-Mu ya Tuhan kerana Engkau telah mengaruniakan kepada aku hari ini dan saat ini, di mana aku dapat mengambil bagian di antara para martir untuk dibangkitkan kepada hidup yang kekal oleh Roh Kudus, dalam jiwa dan tubuh yang tidak akan dikorupsi lagi. Semoga aku akan diterima di dalam hadirat Engkau hari ini, sebagai persembahan yang berkenan yang telah Engkau persiapkan. Engkaulah Tuhan yang setia dan benar.”
Demikianlah pada jam 2.00 petang, bertarikh 23 Februari di tahun 155, Polykarpus, yang ditahbis menjadi uskup gereja di Smyrna oleh rasul Yohanes sendiri, mati sebagai martir bagi Kristus.
Catatan tentang kemartiran Polykarpus, yang merupakan suatu fakta sejarah ditemukan di antara surat-surat Ireneus yang merupakan murid Polykarpus.
Polykarpus seperti juga banyak orang percaya di zaman ini, mampu untuk mati bagi Kristus karena ia hidup untuk Kristus. Hidupnya secara radikal ditransformasi oleh pekerjaan Roh Kudus – keinginan, kekhawatiran, rasa sakit dan rasa takut tidak lagi mengikatnya. Kehidupan dan kematian Polykarpus merupakan inspirasi bagi semua orang percaya. Ia menyerahkan hidup duniawinya bagi Kristus dan di dalam pengorbanannya, ia memperoleh hidup yang kekal.
04 December, 2009
AJAIBLAH TUHAN
"Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal." Yohanes 3:16
'Ajaiblah Tuhan", sebuah lagu rohani yang pastinya mengangkat jiwa kita kepada Yesus Kristus. Tuhan memberkati anda sementara anda merenung dan menikmati lagu ini terutama senikatanya.
CHANGE YOUR THINKING
"Sing unto the LORD, O ye saints of his, and give thanks at the remembrance of his holiness." Psalm 30:4
Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window.
Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window.
The other man had to spend all his time flat on his back. The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation..
Every afternoon, when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window.
The man in the other bed began to live for those one hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside.
The window overlooked a park with a lovely lake.
Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color and a fine view of the city skyline could be seen in the distance.
As the man by the window described all this in exquisite details, the man on the other side of the room20would close his eyes and imagine this picturesque scene.
One warm afternoon, the man by the window described a parade passing by.
Although the other man could not hear the band - he could see it in his mind's eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.
Days, weeks and months passed.
One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep.
She was saddened and called the hospital attendants to take the body away.
As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone.
Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside.
He strained to slowly turn to look out the window besides the bed.
It faced a blank wall.
The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window.
The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall.
She said, 'Perhaps he just wanted to encourage you.'
Epilogue:
There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.
Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled.
If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.
'Today is a gift, that is why it is called 'The Present.'
Subscribe to:
Posts (Atom)


