Search This Blog

01 December, 2009

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BUTA?

[Dipadankan dari Renungan Pagi Oktober ~ Disember 2009 Seventh-Day Adventist]

"Janganlah kaukutuki orang tuli dan di depan orang buta janganlah kau taruh batu sandungan, tetapi engkau harus takut akan Tuhan; Akulah TUHAN". Imamat 19:14



Haruskah kita memberi bantuan kepada orang seperti ini? Kejadian yang menimpanya saat ini adalah akibat dari perbuatan dan kejahatannya dahulu." Kata seorang ahli komiti gereja setempat yang menyampaikan rasa tidak puas hati apabila satu usaha komiti membantu seorang yang mengidap penyakit AIDS. Memang pada dahulunya, kehidupan wanita ini begitu bebas. bergelut dengan godaan dan desakan keseronokan dunia, ketagihan dadah, pesta pora dan kemabukan serta melayani nafsu serakah. Satu perbuatan yang mengundang penyakit sendiri! Namun haruskah kita menutup peluang si mangsa ini untuk melihat Yesus?


Di dalam alkitab, sewaktu Yesus berjalan mengelilingi kota bersama murid-muridNya. Mereka melalui seorang yang buta sejak dari lahirnya. Lalu salah seorang murid Yesus bertanya, "Rabi, siapakah yang berbuat dosa, orang ini sendiri atau orang tuanya, sehingga dia dilahirkan buta?" Jawap Yesus, "Bukan dia dan bukan orang tuanya, tetapi kerana pekerjaan-pekerjaan Tuhan harus dinyatakan di dalam dia."


Seringkali kita merasakan tidak berbaloi untuk menghulurkan pertolongan kepada orang yang pernah melakukan kesalahan dimasa lalunya. Juga amat sukar sekali bagi kita melayangkan satu senyuman untuk orang yang pernah menyakiti kita suatu ketika dahulu.


Mungkin kita terlalu melihat kesempurnaan diri sendiri sehingga mendorong kita begitu cepat menghakimi. Cubalah kita beri sedikit ruang untuk mendekati mereka mengenal budi, atau sekurang-kurangnya biarlah terlintas di minda mereka, "Siapakah yang sudi melayani kitadengan senyuman, yang melihat kita dari sudut gelap ini?" Saudara, tanyakan pada diri kita, siapakah sebenarnya yang buta?


Ketahuilah bahawa Tuhan memerlukan kaki dan tangan untuk bekerja bagiNya. ladang terlalu luas, pekerjaanNya harus dilaksanakan. Jangan buta kerana tinggi hati! bekerjalah setulus hati budimu.

No comments: