Search This Blog

05 March, 2012

Tuhan Memimpin Dalam Hutang

Apakah saya berdosa dalam fikiran saya ini? Tuhan sememangnya kaya. Tuhan pencipta segala sesuatu. Tuhan adalah sumber segala sesuatu. Dan Tuhan maha tahu keperluan setiap makhluk ciptaan-Nya. Tuhan tahu keperluan saya. Tuhan malah kenal benar siapa saya. Segala kelemahan saya Dia tahu.Dimana silapnya.

Apakah tindakan-tindakan dan langkah-langkah kehidupan yang telah saya ambil tidak memenuhi standard Tuhan sehingga saya kemaruk dalam 'hutang'?

Saya pasti Tuhan itu maha kasih. Tuhan itu maha adil. Tuhan itu maha pemberi. Tuhan itu sumber rahmat dan berkat yang tidak terhingga kelimpahannya. Jika demikian sekali lagi, apa silapnya dalam diri saya. Perpuluhan? Persembahan?

Kadang kala ramai orang tidak sedar termasuk saya sendiri. Memang, semua orang sedar belaka bahawa Tuhan akan sentiasa memberkati segala usaha jika kita sentiasa bersandar sepenuhnya kepada Dia. Firman Tuhan, "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu". Matius 6:33.

Tetapi dimana silapnya? Fikir-fikir inilah falsapah yang saya ikuti selama ini? Inilah kata-kata yang saya rindui sepanjang hayat saya sehingga ke saat ini? Lalu, mana silapnya.

Saudara-saudari yang dikasihi dalam Kristus, banyak perkara kita bawakan ke hadapan Tuhan. Kita bawakan dalam doa kita segala keinginan kita, segala kerja kita, segala tindakan kita agar Tuhan merahmati usaha-usaha kita itu dan agar ia berhasil.

Tetapi ada satu perkara yang ketinggalan malah kita tidak sanggup bawahkan ke hadapan Tuhan: HUTANG!

Apakah selama ini kita pernah sekali pun bawakan dalam doa kita meminta izin kepada Tuhan apabila kita ingin berhutang? Pernah? Tuhan tahu keinginan kita tetapi dalam hal berhutang, kita tidak memohon keizinan daripada-Nya. Seolah-olah kita tidak mahu libatkan Tuhan dalam urusan keberhutangan kita. Ini pun sebenarnya berlaku dalam diri saya. (saya malu pada diri saya sendiri terlebih di hadapan Tuhan dalam perkara ini).

Dalam firman Tuhan ada satu nasihat yang lembut tetapi tegas berkaitan berhutang.  "Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siapa pun juga, tetapi hendaklah kamu saling mengasihi. Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat". Roma 13:8

Masalah yang selalu timbul ialah; apabila hutang bertimbun, masa itulah kita baru datang kepada Tuhan memohon campur tangan Tuhan. Dan kadang kala Tuhan akan membuat sedikit teguran kepada kita, Dia akan bagi nasihat yang kadang kala tidak tertanggungkan oleh keadaan alami manusia sehingga ada banyak yang berfikir bahawa Tuhan sudah mengabaikan kita.

Tidak! Tidak sama sekali. Tuhan itu kasih. Tuhan itu panjang sabar dan sentiasa sabar terhadap manusia.

No comments: