Search This Blog

02 December, 2009

ADAKAH YESUS EKSKLUSIF?



"Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku." Yohanes 14 : 6

Illustrasi:

Suatu hari seorang anak Billy Graham iaitu Anne Graham Lotz sedang ditemuramah dalam satu program televisyen yang disukai ramai.

Penemurama itu bertanya kepada Anne begini: “Adakah anda percaya bahawa secara eksklusif Yesus itu adalah satu-satunya jalan ke syurga?”

Penemuramah itu meneruskan: “Anda tahu bahawa perkara ini menyebabkan ramai orang marah pada masa kini!”

Tanpa mengerdipkan matanya, Anne menjawab: “Pada saya, Yesus tidak eksklusif. Dia mati supaya sesiapa sahaja boleh datang kepadaNya. Ya, datang kepadaNya untuk mendapatkan penyelamatan.”

Jawapan hebat:

Saudara dalam Kristus, Anne begitu berani. Dia menjawab tanpa berbelah bagi. Betapa hebatnya jawapan itu! Agama Kristian bukan satu kelab eksklusif. Bukan agama yang terhad kepada sgolongan orang sahaja. Bukan untuk beberapa orang atasan sahaja yang memenuhi syarat profil yang sempurna.

Setiap orang disambut tanpa memandang warna. Tanpa memandang kelas. Tanpa memandang pengaruh pada masyarakat sekeliling.

Perasaan tersinggung:

Walaupun hakikat yang menakjubkan ini tersedia, namun pengakuan Kristus dalam Yohanes 14:6 sebagai satu-satunya jalan kepada Tuhan masih menyinggung perasaan orang.

Yesus adalah satu-satunya jalan – ini sahaja pilihan yang benar. Manusia tidak dapat apa-apa jika pendirian mereka berkecuali.

Semua manusia bersalah:

Kita semua bersalah di sisi Tuhan. Kita orang berdosa. Kita tidak dapat dan tidak pernah dapat menolong diri kita.sendiri. Dalam erti kata apa pun perkara. Sama ada dari perkara remeh ke perkara yang paling rumit pun, kita amat lemah. Janganlah takjub dengan kecerdasan alami kita.

Dosa kita harus ditangani. Yesus, Tuhan yang menjelma menjadi manusia, mati untuk membayar hukuman dosa kita. Yesus mati bukan untuk menebus dosa kita tetapi menebus kita sebenarnya. Kitalah yang ditebus.

Penghiburan terindah:

Kebangkitan Yesus dari kematian merupakan kepastian bagi kita. Kebangkitan Kristus eharusnya menjadi penghiburan terbesar bagi jiwa dan emosi kita.

Tiada pemimpin agama mana pun yang dapat memberikan apa yang telah disedaiakan Yesus dalam kemenangan-Nya atas dosa dan maut.

Kebenaran yang indah:

Berita Baik Kristus menyinggung perasaan sebilangan orang, tetapi inilah kebenaran yang indah, iaitu Tuhan cukup mengasihi kita sehingga Dia dating dan menyelasaikan masallah kita yang terbesar – dosa.

Selagi dosa menjadi masalah, dunia memerlukan Yesus!

Saudaraku dalam Kristus,

Tiada seorang pun yang boleh masuk ke syurga,
Dosa kita yang banyak menghalang jalan itu,
Maka Tuhan mengutus Yesus dalam kasih,
Dialah satu-satunya yang boleh membayar hutang dosa.

Yesus ialah Penyelamat yang tidak eksklusif.

No comments: