Search This Blog

10 May, 2010

BUKAN PILIHAN TETAPI MEMBAWA RAHMAT


Apa kehidupan ini berhenti segalanya disaat kematian terjadi? Masih adakah bayang-bayang mimpi indah terjadi selepas ini? Ataukah rencana-rencana kehidupan masih terus belaku? Apa berlaku dengan tubuh fizikal kita? Bagaimana dengan nafas kita?

Saya menyaksikan kepemergian dua ahli keluarga sahabat selang dua minggu.

Ahli keluarga sahabat tepatnya isteri sahabat saya yang satu meninggal di hospital. Mula ini isteri dia terasa kebas di tangan dan langsung terasa tidak selesa walau pun kesakitan tidaklah dirasai sangat. Lalu sahabat ini menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan. 

Mulanya keadaan isterinya masih stabil cuma sebelah badannya kurang bermaya. Selang sehari selepas berada di hospital , dia diperlukan menjalankan transfusi darah. Malangnya pengaliran darah tidak lancar. Sehari kemudian selepas transfusi darah, mangsa mulai tidak sedarkan diri. Dia diperlukan menjalani pemeriksaan imbasan. Didapati salah satu saluran darah di otak pecah. 

Sejak masa itu, dia tidak sedarkan diri. Dia hanya bergantung kepada alat-alat pernafasan dan mesin bantuan hayat untuk meneruskan kehidupan. 

Bebaerapa hari kemudian akhirnya doktor yang bertugas mencadangkan agar mesin bantuan hayat dibuka dengan persetujuan semua ahli keluarga termasuk sahabat saya tersebut.

Berakhirlah satu kehidupan seorang manusia. Walau pun dengan berbagai usaha ditambah dengan kasih dan sayang namun hayat manusia pasti tetap berakhir.

Ahli keluarga sahabat yang kedua meninggal di rumahnya sendiri. Sebelum pemergiannya, dia sudah sakit sudah lama. berbulan-bulan. Namun keadaannya begitu tenang dan tabah. Penyakit yang menyebabkan dia menderita sekian lama tidak menggugat iman dan kepercayaannya kepada Tuhan yang Esa.

Sebelum dia meninggal saya dan keluarga beserta beberapa orang sahabat sempat meluangkan masa melawat dan menziarahi dia. Dia tenang. Dia riang walau pun dalam kesakitan. Dia masih mampu mengukir senyuman menyambut ketibaan kami. Memanglah dia uzur dan hanya berbaring sahaja di atas tilam tempat tidurnya.

Saya sebenarnya terkesan dengan ketabahannya terutamanya keperibadiannya yang tidak berbelah bagi kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

Dan akhirnya, sambil dikelilingi sanak saudara, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Begitu tenang dan aman.

Persoalannya ialah apakah sebenarnya yang berlaku? Tubuh badan kemana? Nafas yang sepatutnya memberi hidup kemana pula?

Pengkhotbah 12:7 "....dan debu kembali menjadi tanah seperti semula dan roh kembali kepada Allah yang mengaruniakannya."

Jelas ayat Alkitab ini menerangkannya. Tubuh badan akan kembali menjadi tanah. Maknanya dikuburkan. Sebab tubuh manusia ini diciptakan oleh Tuhan dari tanah. Tuhan membentuk manusia dari tanah. Dari debu tanah. Lalu disaat kematian menjemput, roh atau nafas akan kembali kepada yang mengeruniakannya iaitu Tuhan.
Ayat seterusnya ialah berikut ini.


Pengkhotbah 9:5 "Karena orang-orang yang hidup tahu bahwa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tak tahu apa-apa, tak ada upah lagi bagi mereka, bahkan kenangan kepada mereka sudah lenyap."

Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang yang sudah mati atau meninggal dunia tidak tahu apa-apa. Jelas sekali. Ahli keluarga atau sahabat atau jiran kita yang sudah meninggal dunia tidak akan dapat menjelma dalam bentuk apa pun. Roh mahu pun bayang-bayang. Mereka tidak merayau-rayau di mana-mana. Ingat apa ayat Pengkhotbah 12 ayat 7 katakan.