Search This Blog

20 February, 2013

Syukur Kepada Yang Maha Esa & Kewajipan Ibubapa

”TUHAN adalah kekuatanku dan perisaiku; kepada-Nya hatiku percaya. Aku tertolong sebab itu beria-ria hatiku, dan dengan nyanyianku aku bersyukur kepada-Nya”.
 Mazmur 28: 7

Tuhan adalah pembekal dan pemelihara segala makhluk terutama manusia. Manusia tidak akan ada apa-apa tanpa Tuhan. Tuhan adalah penopang. Atas kesedaran ini manusia harus dan perlu bergantung sepenuhnya kepada Tuhan. Berserah kepada Tuhan dengan segenap hati, segenap jiwa dan segenap akal budi.

Beberapa hari yang lalu, saya sempat menghadiri satu majlis kesyukuran sepasang suami isteri atas kehadiran cahaya mata pertama mereka. Anak itu tentunya comel dan sihat. Pasangan muda ini sempat menjemput ramai kenalan, sahabat handai dan saudara mara ke majlis tersebut. Majlis yang sangat meriah dan diberkati.

Satu renungan dari firman Tuhan ingin saya kongsikan kepada para pembaca sekalian. Dalam firman Tuhan ada banyak nasihat-nasihat yang langsung ditujukan kepada para ibubapa sementara mereka dengan tulus ikhlas membesarkan anak masing-masing.

Sebab Manusia Harus Bersyukur Kepada Tuhan

Dalam Mazmur 139:14, menjelaskan bahawa kejadian manusia itu adalah dashyat dan ajaib. Tiada yang lebih indah dari yang ini. Manusia bukan alang-alang kejadiannya. Malah Tuhan menciptakan manusia sedemikian rupa sehingga ia menyerupai imej-Nya sendiri (Kejadian 1:26). Tidakkah kita bersyukur dalam perkara ini?

Kita lihat:  Mazmur 139:14 Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kaubuat, dan jiwaku benar-benar menyadarinya.
Kewajipan Ibubapa

Anak-anak yang dilahirkan tentunya akan membesar. Semakin mereka bertumbuh dan membesar, semakin banyak ragam mereka. Tanggungjawab ibubapa tentunya bertambah. Inilah yang dinamakan sebagai kewajipan ibubapa. Lalu apa yang mereka patut buat? Dengarkan langsung dari firman Tuhan.

Ulangan 6:7 menyatakan, “…haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun”.

Apa yang harus diajarkan? Persoalan yang sangat menarik. Ada ibubapa berfikiran, ajarkan sahaja teknologi terkini kepada anak mereka agar mereka tidak ketinggalan zaman. Tetapi tidak, walau pun perlu untuk kehidupan mereka.

Isu yang sangat penting dan mendesak sekali ialah ajarkan mereka jalannya Tuhan dan jangan putus-putus mengajar mereka. Di mana pun kita dan bila pun keadaan dan masanya jangan lupa mengajar anak-anak kita akan jalan dan perintah Tuhan.

Pernyataan Ulangan 6:7 ditekankan lagi dalam Ulangan 11:19, “Kamu harus mengajarkannya kepada anak-anakmu dengan membicarakannya, apabila engkau duduk di rumahmu dan apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun”.

Didik Anak

Persoalan seterusnya ialah bagaimana mengajar atau mendidik anak? Sebenarnya raja Salomo telah menyiapkan ratusan malah ribuan langkah bagaimana mendidik anak melalui amsal-amsal tulisannya. Salomo terkenal dengan kebijaksanaannya. Tiada manusia yang pernah lahir sebelum atau selepasnya di muka bumi ini setanding dengan kebijaksanaan dan keberadaan raja Salomo. Mari kita lihat.

Amsal 23:13 “Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan”.

Amsal 23:14 “Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati”.
Ini bukan mahu mendera anak. Tidak ada isu penderaan di sini. Lihat sini. Ini adalah pengalaman seorang sahabat dalam mendidik anak lelaki mereka. Begini.

Satu ketika si anak belum balik-balik lagi. Si bapa mula risau. Jam berbunyi, dung … dung … dung … sehingga sepuluh dengungan. Menandakan sudah jam 10.00 malam. Si anak masih juga tidak pulang. Siapa ibubapa yang tidak risau?

Menjelang 11.00 malam si bapa tidak tertahan lagi. Lalu si bapa menaiki kereta dan mencari si anak di sekitar pekan. Tidak lama kemudian anak itu ditemui bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya. Si ayah membawah anak itu pulang.

Setiba mereka di rumah si ayah menghukum anaknya. Dengan rotan di tangan kanan, ayah merotan anaknya sambil memberitahu bahawa perlakuan anaknya tidak patut kerana engkar kepada nasihat. Mulai saat itu si anak tidak lagi mengulangai perbuatannya balik lewat malam.

Moral of the story, ada anak-anak yang tidak mengendahkan nasihat melalui kata-kata sahaja. Dalam situasi seperti ini, adakalanya nasihat dengan menggunakan ‘rotan’ lebih efaktif. Itu kalau anak itu masih sesuai dinasihati dengan menggunakan rotan. Kalau dah besar panjang, bagaimana menggunakan rotan lagi …?

Cuba lihat prinsip melenturkan rebung. Kalau “melentur buluh biar dari rebung”nya. Sebab kalau lentur buluh, ia akan patah, binasa dan musnah.

Kenapa Perlu Mendidik Anak

Dua ayat di bawah sudah cukup untuk menjelaskan kepada kita bahawa mendidik anak itu perlu, kalau tidak anak itu akan mempermalukan ibubapa dikemudian hari dan jika dididik dengan baik anak-anak “….akan memberikan ketenteraman kepadamu, dan mendatangkan sukacita kepadamu”.

Amsal 29:15 “Tongkat dan teguran mendatangkan hikmat, tetapi anak yang dibiarkan mempermalukan ibunya”.

Amsal 29:17 “Didiklah anakmu, maka ia akan memberikan ketenteraman kepadamu, dan mendatangkan sukacita kepadamu”.
Menasihati Orang Muda

Kanak-kanak tidak selamanya kanak-kanak. Mereka membesar dan terus membesar. Sehingga kepada satu tahap dimana mereka mampu menggunakan akal fikiran mereka sendiri untuk kebaikan.

Kita lihat penjelasan dari firman Tuhan di bawah ini …

Titus 2:6 “Demikian juga orang-orang muda; nasihatilah mereka supaya mereka menguasai diri dalam segala hal”.

Tidak ada gunanya seorang mudah yang gagah perkasa, berotot, tegap, kuat dan sihat tetapi tidak mampu menggunakan akal fikiran. Dan yang paling penting mereka boleh memuliakan Tuhan dengan segala tindak dan tingkah laku mereka.

Landasan Kepada Nasihat

Nasihat yang hanya berlandaskan emosi dan perasaan semata-mata sebenarnya tidak berguna. Nasihat yang berlandaskan keperdulian dan ambil berat serta kasih lebih bermanafaat berbanding nasihat yang bercampur baur dengan kegeraman dan kemarahan.

Mari kita lihat satu ayat terakhir yang saya mahu kongsikan kepada para pembaca yang dihormati sekalian …

1 Timotius 1:5 “Tujuan nasihat itu ialah kasih yang timbul dari hati yang suci, dari hati nurani yang murni dan dari iman yang tulus ikhlas”.

Sekian, salam hormat dari saya.
  

04 February, 2013

Kebenaran Tentang Neraka

Ramai orang keliru tentang neraka.
Apa neraka itu sebenarnya?
Di mana nereka itu?
Bila neraka itu ada?
Untuk apa neraka itu?
Siapa yang dibinasakan di neraka?
Ketahui kebenaran neraka melalui clip video dari World Last Chance ini.