Tetapi
sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang
dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah.
Yesaya 53:4
Kelmarin,
hari ini dan hari-hari seterusnya seakan kesibukan kita tidak pernah berakhir.
Malah hari ini kita akan menjadi lebih sibuk berbanding kelmarin. Malah mungkin
esok kita akan lebih sibuk berbanding hari ini.
Kesibukan
kita mengakibatkan tindakan-tindakan kita kelam kabut. Banyak perkara yang
remeh seakan tidak pernah akan siap dikala kita merasa terlalu sibuk. Kadang
kala kita merasa risau, kecewa, tertekan dan kuatir mengakibatkan kita panik.
Satu
hari saya memulai kerja-kerja pejabat seperti hari-hari kerja yang sudah-sudah.
Seperti kebiasaannya saya membawa bersama Alkitab saya. Mungkin kerana menunda-nunda,
pada hari itu saya tidak pun berkesempatan membuka Firman Tuhan itu dan
sekurang-kurangnya merenung satu ayat sehinggalah kepetangnya.
Akhirnya
tanpa sedar, jam menunjukkan masa untuk ‘tumb print’. Maknanya masa kerja pada
hari itu selesai. Lapan jam seakan tidak terasa. Dengan kelam kabut saya
mengambil Alkitab yang sedari pagi sudah berada di tepi meja saya. Tanpa saya
sedar kitab Yesaya pasal 53 ayat 4 menjadi tumpuan mata saya.
Saya
baca ayat itu beberapa kali. Saya tahu ayat itu mengenai penganiayaan terhadap Yesus
Kristus. Saya merenung ayat itu lama sekali dan memikirkannya beberapa minit.
Akhirnya
Roh Kudus Tuhan menjelaskannya kepada saya. Sejak pagi sehinggalah kepetang,
saya tidak membuka Alkitab itu pada hal ia terletak dekat sekali dengan saya.
Tuhan mengajar saya. Dia lembut tetapi tegas. Dia memberitahu saya bahawa tindakan
saya mengabaikan Firman Tuhan dan mengetepikanya hanya kerana saya banyak kerja,
seakan tidak bersyukur dan tidak mengindahkan pengorbanan Yesus di kayu salib.
Sayalah
yang sepatutnya kena cambuk, dipukul dan kena tulah. Tetapi pengorbanan Yesus
begitu besar. Dia menggantikan tempat saya. Saya bebas dari pukulan cambuk
kerana Yesus. Saya bebas dari tulah kerana Yesus. Saya bebas dari kesakitan
kerana Yesus. Saya bebas dari kesangsaraan kerana Yesus. Yesus mengganti tempat
saya sehingga saya selamat.
Saudara,
iblis sentiasa menggunakan apa pun perkara untuk mengalihkan pandangan kita
dari Firman Tuhan. Semakin saya beria-ia untuk membaca Alkitab, semakin saya
tertekan kerana bersandarkan keupayaan diri sendiri.
Pengabaian
saya untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan mengakibatkan Yesus Kristus
menderita sangsara berkali-kali.
Tindakan
saya mengakibatkan Yesus dianiaya terus menerus.
No comments:
Post a Comment