”TUHAN adalah kekuatanku dan
perisaiku; kepada-Nya hatiku percaya. Aku tertolong sebab itu beria-ria hatiku,
dan dengan nyanyianku aku bersyukur kepada-Nya”.
Tuhan adalah pembekal dan
pemelihara segala makhluk terutama manusia. Manusia tidak akan ada apa-apa
tanpa Tuhan. Tuhan adalah penopang. Atas kesedaran ini manusia harus dan perlu
bergantung sepenuhnya kepada Tuhan. Berserah kepada Tuhan dengan segenap hati,
segenap jiwa dan segenap akal budi.
Mazmur 28: 7
Beberapa hari yang lalu, saya
sempat menghadiri satu majlis kesyukuran sepasang suami isteri atas kehadiran
cahaya mata pertama mereka. Anak itu tentunya comel dan sihat. Pasangan muda
ini sempat menjemput ramai kenalan, sahabat handai dan saudara mara ke majlis
tersebut. Majlis yang sangat meriah dan diberkati.
Satu renungan dari firman Tuhan
ingin saya kongsikan kepada para pembaca sekalian. Dalam firman Tuhan ada
banyak nasihat-nasihat yang langsung ditujukan kepada para ibubapa sementara
mereka dengan tulus ikhlas membesarkan anak masing-masing.
Sebab Manusia Harus Bersyukur Kepada Tuhan
Dalam Mazmur 139:14, menjelaskan
bahawa kejadian manusia itu adalah dashyat dan ajaib. Tiada yang lebih indah
dari yang ini. Manusia bukan alang-alang kejadiannya. Malah Tuhan menciptakan
manusia sedemikian rupa sehingga ia menyerupai imej-Nya sendiri (Kejadian
1:26). Tidakkah kita bersyukur dalam perkara ini?
Kita lihat: Mazmur 139:14 Aku bersyukur kepada-Mu oleh
karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kaubuat, dan jiwaku
benar-benar menyadarinya.
Kewajipan Ibubapa
Anak-anak yang dilahirkan
tentunya akan membesar. Semakin mereka bertumbuh dan membesar, semakin banyak
ragam mereka. Tanggungjawab ibubapa tentunya bertambah. Inilah yang dinamakan
sebagai kewajipan ibubapa. Lalu apa yang mereka patut buat? Dengarkan langsung
dari firman Tuhan.
Ulangan 6:7 menyatakan,
“…haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan
membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam
perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun”.
Apa yang harus diajarkan?
Persoalan yang sangat menarik. Ada
ibubapa berfikiran, ajarkan sahaja teknologi terkini kepada anak mereka agar
mereka tidak ketinggalan zaman. Tetapi tidak, walau pun perlu untuk kehidupan
mereka.
Isu yang sangat penting dan
mendesak sekali ialah ajarkan mereka jalannya Tuhan dan jangan putus-putus
mengajar mereka. Di mana pun kita dan bila pun keadaan dan masanya jangan lupa
mengajar anak-anak kita akan jalan dan perintah Tuhan.
Pernyataan Ulangan 6:7 ditekankan
lagi dalam Ulangan 11:19, “Kamu harus mengajarkannya kepada anak-anakmu dengan
membicarakannya, apabila engkau duduk di rumahmu dan apabila engkau sedang
dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun”.
Didik Anak
Persoalan seterusnya ialah
bagaimana mengajar atau mendidik anak? Sebenarnya raja Salomo telah menyiapkan
ratusan malah ribuan langkah bagaimana mendidik anak melalui amsal-amsal
tulisannya. Salomo terkenal dengan kebijaksanaannya. Tiada manusia yang pernah
lahir sebelum atau selepasnya di muka bumi ini setanding dengan kebijaksanaan
dan keberadaan raja Salomo. Mari kita lihat.
Amsal 23:13 “Jangan menolak
didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan”.
Amsal 23:14 “Engkau memukulnya
dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati”.
Ini bukan mahu mendera anak.
Tidak ada isu penderaan di sini. Lihat sini. Ini adalah pengalaman seorang
sahabat dalam mendidik anak lelaki mereka. Begini.
Satu ketika si anak belum
balik-balik lagi. Si bapa mula risau. Jam berbunyi, dung … dung … dung …
sehingga sepuluh dengungan. Menandakan sudah jam 10.00 malam. Si anak masih
juga tidak pulang. Siapa ibubapa yang tidak risau?
Menjelang 11.00 malam si bapa
tidak tertahan lagi. Lalu si bapa menaiki kereta dan mencari si anak di sekitar
pekan. Tidak lama kemudian anak itu ditemui bersama-sama dengan rakan-rakan
sebaya. Si ayah membawah anak itu pulang.
Setiba mereka di rumah si ayah
menghukum anaknya. Dengan rotan di tangan kanan, ayah merotan anaknya sambil
memberitahu bahawa perlakuan anaknya tidak patut kerana engkar kepada nasihat.
Mulai saat itu si anak tidak lagi mengulangai perbuatannya balik lewat malam.
Moral of the story, ada anak-anak
yang tidak mengendahkan nasihat melalui kata-kata sahaja. Dalam situasi seperti
ini, adakalanya nasihat dengan menggunakan ‘rotan’ lebih efaktif. Itu kalau
anak itu masih sesuai dinasihati dengan menggunakan rotan. Kalau dah besar
panjang, bagaimana menggunakan rotan lagi …?
Cuba lihat prinsip melenturkan
rebung. Kalau “melentur buluh biar dari rebung”nya. Sebab kalau lentur buluh,
ia akan patah, binasa dan musnah.
Kenapa Perlu Mendidik Anak
Dua ayat di bawah sudah cukup
untuk menjelaskan kepada kita bahawa mendidik anak itu perlu, kalau tidak anak
itu akan mempermalukan ibubapa dikemudian hari dan jika dididik dengan baik
anak-anak “….akan memberikan ketenteraman kepadamu, dan mendatangkan sukacita
kepadamu”.
Amsal 29:15 “Tongkat dan teguran
mendatangkan hikmat, tetapi anak yang dibiarkan mempermalukan ibunya”.
Amsal 29:17 “Didiklah anakmu,
maka ia akan memberikan ketenteraman kepadamu, dan mendatangkan sukacita
kepadamu”.
Menasihati Orang Muda
Kanak-kanak tidak selamanya
kanak-kanak. Mereka membesar dan terus membesar. Sehingga kepada satu tahap
dimana mereka mampu menggunakan akal fikiran mereka sendiri untuk kebaikan.
Kita lihat penjelasan dari firman
Tuhan di bawah ini …
Titus 2:6 “Demikian juga
orang-orang muda; nasihatilah mereka supaya mereka menguasai diri dalam segala
hal”.
Tidak ada gunanya seorang mudah
yang gagah perkasa, berotot, tegap, kuat dan sihat tetapi tidak mampu
menggunakan akal fikiran. Dan yang paling penting mereka boleh memuliakan Tuhan
dengan segala tindak dan tingkah laku mereka.
Landasan Kepada Nasihat
Nasihat yang hanya berlandaskan
emosi dan perasaan semata-mata sebenarnya tidak berguna. Nasihat yang
berlandaskan keperdulian dan ambil berat serta kasih lebih bermanafaat
berbanding nasihat yang bercampur baur dengan kegeraman dan kemarahan.
Mari kita lihat satu ayat
terakhir yang saya mahu kongsikan kepada para pembaca yang dihormati sekalian …
1 Timotius 1:5 “Tujuan nasihat
itu ialah kasih yang timbul dari hati yang suci, dari hati nurani yang murni
dan dari iman yang tulus ikhlas”.
Sekian, salam hormat dari saya.
1 comment:
.. waduch,, bingunk aq. huhh ..
Post a Comment