Koyakkanlah
hatimu dan jangan pakaianmu, berbaliklah kepada TUHAN, Allahmu, sebab Ia
pengasih dan penyayang, panjang sabar dan berlimpah kasih setia, dan Ia
menyesal karena hukuman-Nya.
Yoel 2:13
Bersyukur dan bergembira adalah dua
perkataan yang selalu kita alami apabila seseorang menyerahkan hidup mereka
kepada Tuhan dan memohon dibaptis untuk bergabung dengan anggota besar keluarga
Tuhan. Sepanjang beberapa tempoh dalam melaksanakan tanggungjawab bagi berkongsi
pengetahuan mengenai kasih Tuhan melalui Alkitab kepada calon-calon baptisan, jiwa
kita benar-benar terkesan. Kita terharu kerana usaha kita yang hanya sedikit
itu telah membuahkan hasil kerana adanya bisikan dan campur tangan kuasa Roh
Al-kudus Tuhan kepada setiap calon baptisan. Itulah kasih Tuhan.
Satu kisah yang benar-benar mengagumkan
jiwa saya ialah apabila semua penduduk sebuah kota purbakala berbalik dan bertobat kepada
Tuhan. Sebuah kota
dengan keluasan yang benar-benar menakjubkan besarnya. Alkitab menyatakan,
luasnya mengambil masa tiga hari perjalanan. Apa masalahnya? Kota ini jahat. Penduduk-penduduk kota ini memang luar biasa
jahatnya. Saya fikir kota
ini benar-benar jahat sehinggakan kejahatannya sampai kepada Tuhan. Tuhan
sendiri mengakui kejahatan kota
ini, (Yunus 1:2).
Ketika nabi Yunus selesai menyampaikan
seruan Tuhan kepada kota Niniwe, penduduk
seluruh kota
gementar. Satu keajaiban terjadi. Keajaiban
ini berlaku kepada setiap penduduk kota
tersebut. Bahkan keajaiban itu berlaku kepada ternak mereka juga. Sejurus
selepas raja kota
ini mendengarkan amaran keras itu, dia langsung bertindak. Saya fikir raja
langsung memanggil mesyuarat tergampar. Kemungkinan tidak sampai lima minit. Sebab raja
mahu arahannya sampai kepada seluruh rakyat dan hewan ternakan mereka saat itu
juga. Dia tidak mahu bertangguh lebih lama lagi. Ini melibatkan antara hidup
mati rakyatnya. Dia buat arahan dan perintah: "Manusia dan ternak, lembu
sapi dan kambing domba tidak boleh makan apa-apa, tidak boleh makan rumput dan
tidak boleh minum air. Haruslah semuanya, manusia dan ternak, berselubung kain
kabung dan berseru dengan keras kepada Allah serta haruslah masing-masing
berbalik dari tingkah lakunya yang jahat dan dari kekerasan yang dilakukannya. Siapa
tahu, mungkin Allah akan berbalik dan menyesal serta berpaling dari murka-Nya
yang bernyala-nyala itu, sehingga kita tidak binasa." (Yunus 3:7,8,9).
Mereka berpuasa, mereka menyelubungi tubuh mereka dengan kain kabung dan mereka
berseru kepada Tuhan. Bukan seruan biasa-biasa tetapi seruan keras kepada Tuhan
dan lebih dari itu mereka bertobat dari kejahatan mereka.
Inilah satu kisah klasik yang
benar-benar patut menyedarkan kita, umat-umat Tuhan pada akhir zaman ini. Saya
sangat terkesan dengan pertobatan dari raja dan seluruh penduduk kota Niniwe ini. Apakah
ada diantara pemimpin-pemimpin kita masa kini yang mempunyai kesedaran akan
pertobatan yang sesunguhnya kepada Tuhan? Atau mereka hanya ada kesedaran utama
mengenai ‘kekuasaan dan kedudukan’? Malah kebanyakan manusia yang sering
menyebut “Tuhan, Tuhan” masih tidak sedar dan bertobat dan masih tidak
sedar-sedar bahawa "’Tidak lama’ lagi, maka ‘dunia’ akan
ditunggangbalikkan.” Bahkan mereka yang
memanggil diri mereka ‘kristian’ masih tidak “berbalik dari
tingkah lakunya yang jahat.”
Saudara,
perasaan Tuhan tidak boleh ‘dijual-beli’. Kita perlu “koyakkanlah
hatimu dan jangan pakaianmu”, (Yoel 2:13). Sebab
“Ketika
Allah melihat perbuatan mereka itu, yakni bagaimana mereka berbalik dari
tingkah lakunya yang jahat, maka menyesallah Allah karena malapetaka yang telah
dirancangkan-Nya terhadap mereka, dan Ia pun tidak jadi melakukannya,” ( Yunus
3:10).
No comments:
Post a Comment